Kota Darul Naim adalah sebuah kompleks Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri dan menjadi pusat pentadbiran kerajaan negeri Kelantan. Kompleks yang terletak di Kampung Puteh, Jalan Kota Bharu - Kuala Krai ini siap dibina dan dibuka dengan rasminya pada bulan Mac 1987.
Dengan seni binanya yang indah dan bergemerlapan dek limpahan cahaya neon pada waktu malam, kompleks tersebut sudah pasti menjadi kebanggaan kepada sesiapa saja rakyat Kelantan, tidak kira tua atau muda dan semua kaum juga berbangga dengannya.
Rakyat daripada luar Kelantan dan pelancong asing juga tertarik dengan tersergam indahnya kompleks tersebut dan sering menjadikan Kota Darul Naim sebagai kunjungan wajib sebaik menjejakkan kaki ke bumi Kelantan.
Sultanik sendiri amat bangga dengan adanya kompleks tersebut dan ianya secara tidak langsung melambangkan kemajuan negeri Kelantan itu sendiri.
Bagaimanapun, di sebalik segala rasa bangga dan gemerlapan cahaya Kota Darul Naim, tidak ramai yang tahu bahawa sebenarnya tidak semua rakyat Kelantan dibenarkan memasuki kompleks itu. Kompleks yang sepatutnya terbuka kepada sesiapa saja untuk datang dan berurusan, sebenarnya juga adalah kota larangan kepada beberapa orang.
Sultanik sendiri macam tidak percaya tetapi setelah ditunjukkan pekeliling berkenaan perkara itu yang dikeluarkan tidak lama dahulu dan ditandatangani oleh Mohamed Safaruddin bin Ismail, Setiausaha Sulit kepada YTM Tengku Mahkota Kelantan, barulah Sultanik mempercayainya.
Mereka yang dikategoriikan sebagai individu yang dilarang masuk tanpa kebenaran itu ialah:-
1. Yang Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Sultan Ismail Petra
2. Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah
3. Yang Berhormat Tuan Haji Ibrahim Ali
4. Tuan Haji Ahmad Rusli Bin Haji Iberahim
5. Tuan Haji Wan Hassan Bin Wan Zin
6. Encik Mohd Raihan Bin Dato' Seri Dr Eusuff Teh
7. Encik Tan Huat @ Tan Liang Chong
8. Tuan Haji Shkori Bin Mohamed
9. Tuan Haji Ismail bin Ghani
10. Tuan Haji Ibrahim Bin Haji Ab. Kadir
11. Tuan Haji Wan Hashim Bin Wan Daud
12. Dr. Haji Yaacob Bin Hussain Merican
13. Encik Yusri Bin Che Noh
14. Tengku Haji Ahmad Zahari Bin Tengku Abdul Kadir
15. Tengku Abu Bakar @ Tengku Azman Bin Tengku Ismail
16. Tengku Bakar Bin Tengku Mansor
17. Tengku Mohamed Shafiei Bin Tengku Ibrahim
18. Dato' Syed Mohamed Hanif Bin Syed Abdul Kudus
19. Dato' Albert Tan Tiong Who
20. Ainor Izmin Bin Mahmod
21. Tengku Baharuddin Bin Tengku Ma'amun
22. Tengku Azman Bin Tengku Mohd Ariffin
23. Tengku Alang Bin Tengku Sulong
24. Tengku Mohd Ariffin Bin Tengku Ibrahim
25. Tengku Anisah Bin Tengku Mohamad
26. Raja Faridah Binti Raja Zakaria
27. Tuan Anera Bin Tuan Mat (Ku Nera)
28. Tuan Haji Sabri Bin Shafie
Apabila Sultanik meneliti nama-nama yang dilarang memasuki Kota Darul Naim itu termasuk juga dua Ahli Parlimen iaitu YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan YB Ibrahim Ali, yang secara jelasnya adalah merupakan pemimpin yang dipilih oleh rakyat, Sultanik hanya mampu garu kepala memikirkannya.
Sepatutnya sebagai Ahli Parlimen dan wakil rakyat, mereka tidak dilarang memasuki kompleks yang menjadi pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan itu kerana sudah tentu kedua-dua mereka mempunyai pelbagai urusan yang melibatkan kepentingan rakyat yang mahu diuruskan di kompleks tersebut.
Dengan adanya larangan itu, sudah tentu banyak masalah rakyat menjadi tergantung dan tidak dapat diselesaikan oleh kedua-dua Ahli Parlimen tersebut. Wallahualam. (8.53 pagi 22/05/2012)
Tuesday, 22 May 2012
Thursday, 17 May 2012
7 Wasiat Raja Melayu dan Artikel 153 Pelindung Melayu
Apabila bercakap soal Melayu dan hak-hak mereka di bumi Malaysia ini, kita tidak seharusnya lupa kepada dua perkara yang selama ini melindungi kita iaitu 7 wasiat Raja Melayu yang ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu semasa pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 dan juga Artikel 153, Perlembagaan Malaysia.
Untuk renungan bersama, Sultanik turunkan kembali kedua-dua perkara itu.
7 wasiat Raja Melayu ialah:
1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutaun Tanah Melayu (sekarang dikenali Malaysia).
2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini.
5. Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Sementera Artikel 153 Perlembagaan Malaysia pula ialah memberikan tanggungjawab kepada Yang Dipertuan Agong menjaga kedudukan keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel ini mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kouta kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu.
Tidak syak lagi bahawa kedua-duanya iaitu 7 wasiat Raja Melayu dan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia mempunyai kaitan yang rapat dalam menjaga dan melindungi kedudukan orang Melayu dan ianya menjanjikan kesejahteraan, kedamaian serta keamanan selagi mereka bersatu dan berpegang teguh dengannya.
Sultanik berharap semua orang Melayu merenungi dengan mendalam perkara ini dan tidak sesekali menjadi bangsa yang mudah lupa. (9.51 pagi 17/05/2012)

Sunday, 13 May 2012
Apa Khabar Sultan Ismail Petra?
Ramai yang bertanya bagaimanakah keadaan kesihatan Sultan Ismal Petra ketika ini. Adakah baginda makin pulih atau kesihatan baginda masih macam dulu juga?
Oleh kerana tiada lagi berita mengenai baginda yang tersiar di dada-dada media, ramai sebenarnya yang bertanya dan ingin tahu kedudukan sebenar kesihatan baginda ketika ini.
Lama juga Sultanik memikir-mikir tentang hal itu. Baru-baru ini Sultanik berkesempatan bertemu dan berbual dengan orang yang bertanggungjawab menjaga kesihatan Sultan Ismail Petra.
Sambil ditunjukkan gambar-gambar terbaru mengenai aktiviti harian yang dijalani oleh baginda, Sultanik diberitahu bahawa kesihatan baginda kini berada dalam keadaan yang cukup memuaskan. Kesihatan baginda menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan sekali.
Walaupun pergerakan baginda masih terhad dan memerlukan bantuan tetapi dari segi pemikiran, ingatan dan keupayaan berkomunikasi, jelas sudah pulih. Baginda bukan sahaja sentiasa menerima tetamu tetapi juga menjadikan kemestian mengikuti siaran berita Nightline TV3 jam 12.00 malam setiap hari sebelum masuk beradu.
Baginda kemudiannya beradu semula dan sebaik terjaga, baginda terus menjalani latihan fisioterapi yang sudah ditetapkan. Jadual fisioterapi baginda berjalan setiap hari tanpa rehat.
Baginda tidak pernah mengeluh atau mengadu penat menjalani latihan fisioterapi yang dilalui setiap hari. Baginda tidak saja menjalani latihan fisioterapi untuk menguatkan anggota tubuh tetapi juga menjalani latihan pertuturan yang sedikit terjejas akibat serangan angin ahmar tidak lama dahulu.
Selain menjalani latihan fisioterapi setiap hari, pagi dan petang, baginda juga akan diperiksa kesihatan secara menyeluruh oleh pasukan doktor pakar setiap seminggu sekali. Ini bagi memastikan kesihatan baginda sentiasa dalam keadaan yang terjaga dan dipantau sentiasa.
Di waktu petang pula, baginda biasanya akan dibawa berjalan-jalan mengelilingi persekitaran istana. Di waktu malam pula iaitu selepas maghrib, masa baginda dipenuhi dengan menghadiri kelas pengajian agama sehinggalah ke waktu isyak, sebelum menikmati jamuan makan malam dan berehat bersama keluarga selepas itu. Baginda hanya akan tidur selepas menonton siaran Nightline TV3 jam 12.00 malam.
Dalam masa yang sama, baginda juga mengikuti perkembangan semasa dalam negara dan dunia dengan turut membaca akhbar-akhbar dan majalah.
Dengan menjalani semua disiplin latihan ini dan juga sentiasa mengikuti perkembangan semasa melalui akhbar dan tv, bukan saja tahap kesihatan fizikal menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan tetapi juga dapat memastikan tahap pemikiran baginda sentiasa baik dan terpelihara.
Dengan itu, baginda kini sering menerima tetamu dari dalam dan luar negara. Baginda kelihatannya amat gembira dapat berbual-bual sambil senyum dan ketawa dengan tetamu-tetamu yang begitu mengambil berat tentang kesihatan baginda itu
Selain menjalani latihan fisioterapi, baginda gemar menghabiskan masa mengayuh basikal untuk menguatkan otot-otot kaki. Berkat kegigihan menjalani latihan serta memiliki semangat yang tinggi untuk pulih seperti sediakala, baginda kini bukan saja kelihatan lebih ceria dan gembira tetapi juga sudah boleh berdiri tanpa bantuan selama hampir 10 minit pada satu-satu masa.
Sultanik sendiri amat gembira mendengar perkhabaran ini sambil menatap gambar-gambar baginda yang kelihatan semakin pulih dan ceria. Sama-samalah kita mendoakan baginda terus pulih dan sihat seperti sediakala. Amin.
Tuesday, 8 May 2012
Selamat Bertemu Kembali
Setelah agak lama menyepikan diri, Sultanik kini kembali semula untuk memeriahkan dunia penulisan maya yang kini nampaknya berkembang cukup pesat.
Sebagaimana dahulu, Sultanik akan menulis mengenai isu-isu semasa yang berkaitan dengan Kesultanan Kelantan yang pernah bergolak suatu ketika dahulu. Sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Negara di mana kedudukan Raja-Raja mempunyai tempatnya yang khas dan tersendiri dalam masyarakat, Sultanik amat menjunjung tinggi kedudukan Sultan Kelantan dan kaum keluarganya dan sama-sekali tidak berniat mahu mengusik apa-apa daripadanya.
Cumanya, dalam mana-mana institusi pun, biasanya akan terdapat dalang-dalang yang suka mengambil kesempatan, menangguk di air keruh dan menghuru-harakan suasana demi mencapai matlamat peribadi masing-masing. Perbuatan dan tingkah laku dalang-dalang inilah yang cuba didedahkan oleh Sultanik. Sultanik hanya ingin mendedahkan kebenaran kepada masyarakat bahawa peranan yang dimainkan oleh dalang-dalang inilah yang menyebabkan Institusi Raja Kelantan pernah bergolak dan berlaku berbagai perkara yang tidak difikirkan oleh sesiapa terhadap Sultan Kelantan yang masih berdaulat.
Bagi Sultanik, kebenaran tetap kebenaran walaupun mungkin ianya pahit untuk diterima oleh sesetengah pihak. Sultanik tetap berpegang bahawa kebenaranlah yang menjadi pedoman manusia di dunia yang sementara ini dan semua pihak pun memang mahukan kebenaran mengatur kehidupan mereka walau dalam apa keadaan sekali pun. Bagi peminat-peminat Sultanik, terutama rakyat Kelantan dan sesiapa sahaja tidak kira di mana juga berada, tunggulah berita-berita terbaru dan terkini dari Sultanik untuk pengetahuan kita bersama. Salam hormat dan terima kasih atas sokongan selama ini.
SULTANIK

Subscribe to:
Posts (Atom)